CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 24, 2009

HARI SUKAN..


Pada 21 Februari yg lpas.. sekolah kitorang dah pun selesai mengadakan Hari Sukan Tahunan Kali ke-37.. Memang meriah la.. Acara dimulakan dengan ketibaan orang2 atasan.. Kemudian.. Lagu Negaraku dinyanyikan bersama.. Then.. acara perbarisan dijalankan.. Akulah salah satu budak yg terlibat dengan perbarisan tersebut.. Memang best!!! Siap kena puji lagi.. HEHEHE.. Lepas semua dah bersurai daripada perbarisan 2.. acara larian pula diadakan.. Selepas acara larian tamat.. persembahan daripada pelajar sekolah ini telah mengadakan persembahan poco2.. Memang menarik perhatian.. Kemudian pertandingan tarik tali antara Tun Merah (Rumah Merah) & Tun Fatimah (Rumah Kuning) dijalankan.. Dalam pertandingan ini.. Tun Merah telahpun mengalahkan Tun Fatimah.. Akhir sekali.. acara penyampaian hadiah pula diadakan.. Dalam acara perbarisan rumah sukan.. Tun Fatimah (Rumah Kuning) telahpun menjadi juara, Tun Teja (Rumah Hijau) tempat kedua, Tun Merah (Rumah Merah) tempat ketiga manakala Tun Kudu (Rumah Biru) telah mendapat tempat yang keempat.. Acara perbarisan pakaian seragam pula.. Pengawas Sekolah elahpun menjadi juara, Renjer Puteri tempat kedua dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah mendapat tempat ketiga.. Tun Fatimah telah menjadi Johan rumah sukan pada tahun ini.. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.. Harap tahun hadapan akan menjadi lebih meriah lagi.. Majulah sukan untuk negara!!!!

Saturday, February 7, 2009

VALENTINE'S DAY...


Valentine's Day atau Hari Kekasih disambut oleh kebanyakan pasangan kekasih di seluruh negara iaitu pada 14 Februari setiap tahun.. Dari mana munculnya Hari Kekasih?? Satu pendapat mengatakan, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol, iaitu Saint Valentine.. Beliau disayangi kerana TELAH BERJAYA MENUMPASKAN KERAJAAN ISLAM di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi.. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan dengan itu 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan sebagai Valentine's Day.. Terdapat mitos2 lain yang dikaitkan dengan Hari Kekasih ini.. Itulah salah satu sebab umat Islam dilarang menyambut Hari Kekasih.. Satu fakta yang sangat menarik yang patut anda ketahui ialah di Malaysia, Hari Kekasih adalah satu lagi hari yang amat ditunggu-tunggu oleh pasangan jongos untuk mencipta anak haram.. HEHEHEHEHEHEHE...

Monday, February 2, 2009

SOSIAL REMAJA..



Sosial remaja pada masa kini dah semakin teruk... Merokok, merempit, seks bebas, dadah, ponteng sekolah memang popular di kalangan remaja zaman sekarang.. Memang teruk.. Remaja2 seperti ini tak malu lansung untuk buat atau tunjuk benda2 macam tu depan orang ramai.. Pelik ke??? Diaorg peduli apa orang nak fikir.. Apa yang diaorg tau kepentingan dan kepuasan diri sendiri.. Ada juga orang yang cakap, kalau diaorang tak buat benda2 seperti ini.. Mereka akan dikatakan ketinggalan zaman dan akan dipinggirkan.. Perkara2 negatif yang seperti ini lah yang menyebabkan sampah masyarakat terlampau banyak di sesebuah negara itu sampai tak muat nak simpan merka ini.. Fikirlah dosa dan hukuman yang bakal dihadapi di akhirat kelak.. Kalau meraka tak buat pun perkara seperti ini benda yang paling femes di kalangan remaja ialah couple.. Memang tak salah kalau nak couple ke apple ke.. Tapi nama pun remaja.. Remaja semestinya seorang pelajar sekolah.. Jadi, baiklah belajar dahulu.. Kejar cita2.. Lepas tu, nak couple ke hape ke.. Lantak korang la.. Jadi, hindarilah perkara2 yang negatif untuk kebaikan diri sendiri..

WASSALAM..